Warta Pendaftar

Saya mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih atas kesudian YBhg. Dato’ / Prof. / Tuan / Puan melayari Laman Web Pejabat Pendaftar, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Pejabat Pendaftar merupakan tunjang utama di dalam tadbir urus Jabatan Pendaftar yang bertanggungjawab sebagai nadi penggerak dan tonggak dalam perancangan, pembangunan serta pelaksanaan tadbir urus yang cemerlang selaras dengan visi dan misi Universiti. Pejabat Pendaftar merupakan salah satu bahagian yang berada dibawah Jabatan Pendaftar. Selain Pejabat Pendaftar, Jabatan Pendaftar terdiri daripada beberapa lagi bahagian dibawahnya iaitu Bahagian Governan, Bahagian Sumber Manusia, Pusat Kesihatan, Bahagian Pengangkutan dan Bahagian Keselamatan.

Adalah menjadi hasrat bahagian ini untuk memastikan keperluan perkhidmatan kakitangan universiti dapat di penuhi, Jabatan Pendaftar cuba menyalurkan maklumat yang diperlukan melalui Laman Web di setiap bahagian dan pusat masing-masing. Harapan saya semoga Laman Web ini dapat memenuhi keperluan maklumat semua pihak khasnya kepada kakitangan Universiti.

YBrs. En. Helmi Zaifura bin Abdul Rahman

1. Memastikan surat/email jemputan diterima, selesai diambil tindakan dalam tempoh (3) hari bekerja

2. Memastikan surat rasmi yang perlu ditandatangan oleh Pendaftar diambil tindakan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja setelah menerima draf yang lengkap daripada Pusat Tanggungjawab

3. Maklumbalas kepada pengadu perlu dibuat dalam tempoh (1) hari bekerja untuk memberitahu bahawa aduan mereka telah diambil perhatian dan akan diselesaikan