SOALAN LAZIM (FAQ) PENGURUSAN DAN PENGOPERASIAN PEJABAT DI UPSI SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD)

Dimaklumkan bahawa, selaras dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara semua premis jabatan/agensi kerajaan yang berada di mana-mana Mukim yang dilaksanakan PKPD, hendaklah ditutup sepanjang tempoh PKPD berkuatkuasa dan semua kakitangan  diarahkan untuk Bekerja Dari Rumah (BDR).

Sehubungan itu bersama ini disertakan SOALAN LAZIM (FAQ) PENGURUSAN DAN PENGOPERASIAN PEJABAT DI UPSI SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD) untuk makluman dan rujukan Y.Bhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan.

Sekian, terima kasih