PELAWAAN UNTUK MENGISI JAWATAN PENASIHAT UNDANG-UNDANG DI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mempelawa individu yang berminat dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan sebagai Penasihat Undang-Undang di UPSI. Sehubungan dengan itu, bersama ini disertakan iklan untuk dihebahkan kepada kakitangan di organisasi YBhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 19 Mei 2021 (Rabu) dan sila kemukakan permohonan kepada Pendaftar, Pejabat Pendaftar , Aras 2, Bangunan Canselori, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak. Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berhubung perkara ini, boleh berhubung dengan Encik Mohd Haryzal bin Mohd Zan, Timbalan Pendaftar, Bahagian Governan di talian 05-4506811/6351.

IKLAN JAWATAN PENASIHAT UNDANG-UNDANG

BORANG RINGKASAN CURRICULUM VITAE (CV) CALON JAWATAN PENASIHAT UNDANG-UNDANG UPSI