Pendaftar

Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat datang ke laman web Jabatan Pendaftar. Alhamdulillah dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas segala nikmat serta ucapan tahniah kepada pengendali laman web yang sentiasa memastikan laman web ini berjalan lancar.

Pembangunan laman web ini adalah salah satu inisiatif yang diambil oleh Jabatan Pendaftar untuk menjadi medium dalam membantu untuk memenuhi keperluan menyebarkan maklumat interaktif dan informatif kepada kakitangan Universiti.

Harapan saya agar pengunjung mampu mendapat faedah dari laman web rasmi ini dan semoga ia boleh jadi satu medium dalam berkongsi maklumat berfaedah kepada semua pihak.

Akhir kata, saya juga amat mengalu-alukan sebarang cadangan penambahbaikan dalam usaha untuk menjadikan perkhidmatan di Jabatan Pendaftar selari dengan harapan Universiti untuk menjadi Universiti No.1 di rantau ini serta pengikhtirafan di peringkat global menjelang 2020.

Sekian, terima kasih.

Pendaftar.