Iklan Jawatan Kosong : Penasihat Undang-Undang

Universiti Pendidikan Sultan Idris mempelawa calon-calon yang berkelayakan dan berwibawa untuk mengisi jawatan Penasihat Undang-Undang. Maklumat jawatan tersebut adalah seperti berikut :

Jawatan                             :               Penasihat Undang-Undang
Kumpulan Perkhidmatan   :               Pengurusan Tertinggi
Gred Minimum                   :               Gred Utama C (VU7)

Pihak UPSI berhak menawarkan gred yang lebih tinggi berdasarkan keperluan dan tertakluk kepada keputusan pihak Lembaga Pengarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (LPU).

Mata Gaji dan Imbuhan    :

Gred Minimum (RM) Maksimum (RM)
VU7 7,676.00 20,592.00

 

(Penetapan sebarang gaji, honorarium dan elaun khas pentadbiran atau lain-lain gred yang lebih tinggi bagi tujuan pelantikan adalah tertakluk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3/2016, dan sebarang pindaan atau perubahan berdasarkan kesesuaian dan peraturan yang diluluskan oleh pihak LPU).

Tempoh Lantikan              :               Satu (1) hingga tiga (3) tahun perkhidmatan bagi setiap lantikan tertakluk kepada LPU.

Status Pelantikan             :               Secara Pertukaran Sementara/ Peminjaman Kontrak/Kontrak.

Calon yang beminat perlu menyertakan maklumat seperti berikut:

i)      Curriculum Vitae’ (CV) yang lengkap dan terkini berserta gambar berukuran passport; dan

ii)     “Key Performance Indicator” (KPI) dan ringkasan mengenai perancangan sekiranya dilantik sebagai Penasihat Undang-undang.

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu bual.

Untuk maklumat lanjut sila klik disini.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Pn. Hajah Maskana binti Haji Ahmad
Timbalan Pendaftar Kanan,
Bahagian Governan
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim Perak
No. Tel : 05-450 6351
Email : maskana@upsi.edu.my

Permohonan yang lengkap hendaklah dialamatkan kepada :

PENDAFTAR
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
35900 TANJONG MALIM
PERAK DARUL RIDZUAN

Tarikh tutup permohonan ialah pada 03 Jun 2019 (Isnin)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *